fbpx

Kastam bongkar kegiatan proses ubat batuk guna label palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail menunjukkan hasil rampasan JDKM Perlis ke atas sebuah rumah yang memproses ubat batuk secara haram.

KUALA PERLIS – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis berjaya membongkar sebuah makmal haram manghasilkan ubat batuk di sebuah rumah sewa di Sungai Padang, Simpang Empat dekat sini pada 15 Januari lalu.

Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim berkata, dalam serbuan pada pukul 2.30 petang itu, sepasukan anggota dari Cawangan Penguatkuasaan Marin dan Cawangan Siasatan Khas JKDM Perlis membuat serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di lokasi tersebut.

Katanya, pihak kastam menyerbu selepas mendapat maklumat daripada sumber mereka mengesyaki terdapat kegiatan menghasilkan dadah selepas menghidu bau bahan kimia.

“Ketika serbuan, pintu rumah itu diketuk berkali-kali namun tidak berbalas, pihak kastam percaya terdapat individu di dalam rumah tersebut berdasarkan bunyi pendingin hawa dan mesin.

“Pasukan serbuan kemudian memecah masuk rumah selepas 30 minit sebelum berjaya menahan dua lelaki masing-masing warga tempatan serta Thailand berusia 28 dan 54 tahun,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat JKDM Kuala Perlis, di sini hari ini.

Kata beliau, pemeriksaan lanjut mendapati terdapat beberapa kotak mengandungi botol disyaki ubat batuk dengan kuantiti 100 mililiter setiap satu sebanyak 8,100 unit.

“Kastam juga merampas 1,000 liter cecair disyaki ubat batuk dalam tong yang belum dibotolkan dengan jumlah keseluruhan ubat batuk itu bernilai RM271,000.

“Pihak kastam juga merampas mesin dan peralatan pemprosesan, bahan pembungkusan serta bahan-bahan mentah lain untuk menghasilkan ubat batuk selain sebuah kereta Perodua Myvi berwarna putih menjadikan keseluruhan barang kes disita bernilai RM371,463.70,”ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI