fbpx

Ibu maut, anak cedera kereta terbabas langgar pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang cedera dalam kemalangan kereta terbabas melanggar pokok di Jalan Segamat-Kuantan berhampiran Simpang Pemanis, Segamat awal pagi tadi.

SEGAMAT – Seorang wanita maut manakala anaknya cedera apabila kereta yang dipandu anak lelaki mangsa terbabas melanggar pokok di bahu jalan di Jalan Segamat-Kuantan, berhampiran Simpang Pemanis di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 3.24 pagi itu, mangsa, Rodiah Abd. Tah@Abd. Sahak, 50, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anak lelakinya, Muhammad Hafis Kamarudin, 20, cedera di bahagian kaki, tangan dan kepala.

Menurut Ketua Balai Bomba Penyelamat Bandar Segamat, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Muhd Hazim Abdul Razak, seramai tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan.

“Setibanya pihak bomba di tempat kejadian, terdapat kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza dan melanggar sebatang pokok. Terdapat seorang mangsa telah disahkan meninggal dunia.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan pemandu yang cedera dibawa ke Hospital Segamat untuk rawatan lanjut,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI