fbpx

Harapan Soon Huat-Shevon kembali cerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOON HUAT (kiri) dan Shevon kembali menghidupkan peluang untuk layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas mara ke suku akhir Terbuka India hari ini.

HARAPAN beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai untuk layak ke Sukan Olimpik 2024 kembali terbuka apabila mara ke pe­ringkat suku akhir siri Jelajah BWF Terbuka India hari ini.

Pada pusingan kedua di Stadium Indira Gandhi, New Delhi semalam, Soon Huat-Shevon meraih kemenangan ke atas pasangan China, Cheng Xing-Zhang Chi dengan keputusan straight-set 26-24, 21-10.

Kemenangan itu sudah diramal kerana ranking Soon Huat-Shevon jauh lebih tinggi iaitu No. 19 dunia berbanding lawan di No. 334 dunia, namun bakal berdepan kesukaran apabila bertemu pilihan kelima dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin di suku akhir hari ini.

“Saingan suku akhir nanti pastinya sukar, tetapi kami sudah berada di peringkat ini, jadi kami perlu terus berusaha sebaik mungkin. Beregu China sentiasa mempunyai standard tertentu dalam kemampuan individu, jadi lawan kali ini tidak mudah,” kata Shevon.

Keputusan itu memboleh­kan beregu berpengalaman tersebut menambah kutipan mata lebih tinggi sebelum pro­ses kelayakan Sukan Olimpik 2024 berakhir April depan.
Soon Huat-She­von masih lagi berada empat anak tangga bawah satu lagi beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di No. 9 dunia.

Malang buat Tang Jie-Ee Wei apabila tewas 19-21, 16-21 kepada wakil Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Tae­rattanachai pada pusingan ke­dua Terbuka India semalam.

Sementara itu, beregu wanita kebangsaan, Vivian Hoo-Lim Chiew Siew turut ditunjukkan jalan keluar selepas tewas ­kepada wakil Hong Kong, Yeung Nga Tim-Yeung Pui Lam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI