fbpx

Guru didakwa raba anak murid dalam kelas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Gajah, Melaka atas pertuduhan amang seksual fizikal. PIX/ MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

ALOR GAJAH – Seorang guru sekolah rendah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak muridnya, dua tahun lalu.

Tertuduh, K. Ramakrishnan, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh yang kini bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) didakwa telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 ketika kejadian.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 10.30 pagi di dalam sebuah kelas tahun lima di sebuah sekolah dalam daerah Alor Gajah pada 26 Mei 2022.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat mengikut Seskyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017 dan dibaca bersama di bawah Seksyen 16 AKSTK 2017.

Nariman kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan bersetuju dengan syarat tambahan dipohon pihak pendakwaan serta menetapkan tarikh 28 Februari depan untuk sebutan semula kes.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI