fbpx

Dua maut, kereta bertembung bas ekspres di Rantau Panjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan pemandu dan penumpang yang tersepit di dalam kereta jenis Honda Accord di Jalan Rantau Panjang-Pasir Mas dekat Kampung Gertak Anak Buaya, Rantau Panjang hari ini. FOTO IHSAN BOMBA

RANTAU PANJANG – Dua maut dalam nahas melibatkan sebuah kereta yang terbabas sebelum merempuh sebuah bas ekspres di Jalan Rantau Panjang-Pasir Mas dekat Kampung Gertak Anak Buaya di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.50 pagi itu, pemandu bas ekspres yang masih belum dikenal pasti identitinya dan penumpang depan kereta jenis Honda Accord, Nurul Suhaila Mohamad Othman, 22, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Azmi Jaafar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.57 pagi sebelum sembilan anggota bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan siasatan, bas ekspres tersebut sedang dalam perjalanan dari Kota Bharu untuk menghantar penumpang ke Rantau Panjang manakala kereta terbabit berada di laluan bertentangan.

“Bas ekspres itu dipercayai mengelak kereta tersebut yang masuk laluan laluan sebelum bertembung dan terbabas ke bahagian tebing bukit di kawasan berkenaan,”katanya – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI