fbpx

Bella Astillah takut hilang sabar, kekuatan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELLA ASTILLAH

PETALING JAYA – Penyanyi dan pelakon Bella Astillah mengakui takut membayangkan sekiranya kekuatan dirinya dalam menempuh pelbagai dugaan hidup mencapai limitasi satu hari nanti.

Menurut Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, dia hanya mengharapkan kekuatan tersebut kekal dalam dirinya sampai bila-bila dan tidak akan pudar.

“Ramai cakap saya kuat dan sabar, hakikatnya saya sangat takut perkara itu ada had tetapi tidak tahu bila (akan berhenti).

“Orang cakap saya hebat, wanita yang kuat tetapi saya juga tidak tahu kesabaran ini sampai bila. Saya harap akan terus bersabar,” katanya dalam podcast bersama pelakon Amelia Henderson baru-baru ini.

Mengulas mengenai pergolakan rumah tangganya sebelum ini sehingga meraih banyak perhatian dan kecaman dalam media sosial, Bella menegaskan dia tiada hak untuk menghalang orang daripada memberikan sebarang respons.

Katanya, dia akan menghargai mereka yang terus menyokong dan membiarkan sahaja golongan yang memilih untuk membenci.

“Semua orang ada hak untuk bersuara, ada yang suka dan tidak. Saya tiada hak untuk marah mereka.

“Jika suka, saya hargai dan kalau tidak, saya biarkan sahaja.

“Saya tidak akan paksa orang untuk suka saya sebab saya sendiri ada juga tidak suka orang lain,” ujarnya.

Enggan mengambil pusing segala komen negatif, dia yang popular menerusi drama Aku Tanpa Cintamu hanya akan terus melakukan yang terbaik bagi melindungi keluarganya.

“Meskipun banyak komen negatif, prinsip saya hanya mahu buat yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga.

“Sebab mungkin ada yang tidak nampak tujuan dan kebaikan mengenai semua yang saya lakukan ketika ini, realitinya hanya saya sahaja yang tahu.

“Jadi, selagi tindakan yang saya buat itu dapat melindungi keluarga, saya akan terus berjuang untuknya,” jelas Bella.

Terdahulu, rumah tangganya pada tahun lalu sekali lagi menjadi sorotan ramai apabila dia mendakwa ada aktres menjadi penyondol dengan mengganggu suaminya, Aliff Aziz.

Nama yang menjadi sebutan pada ketika itu ialah aktres, Sophia Albarakbah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI