fbpx

Angkasawan pertama Turkiye berlepas ke ISS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALPER menaiki kapsul Space X Dragon yang berlepas dari Pusat Angkasa Lepas Kennedy di Florida semalam. - Foto AFP

MIAMI, Florida  – Juruterbang Tentera Udara Turkiye, Kolonel Alper Gezeravci berlepas ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) untuk menyertai misi selama dua minggu, lapor portal berita TRT World semalam.

“Langkah ini sangat simbolik dan penting. Ia adalah permulaan perjalanan untuk negara kita yang hebat,” kata Gezeravci kepada TRT World dalam temu bual eksklusif menjelang pelancaran bersejarah semalam.

Ini kali pertama seorang angkasawan Turkiye berlepas ke ISS.

Gezeravci bersama tiga angkasawan lain berlepas  pukul 4.49 petang (waktu tempatan)  semalam dari Pusat Angkasa Lepas Kennedy di Florida. Mereka menaiki kapsul SpaceX Dragon yang dilancarkan menggunakan roket Falcon 9.

Tiga angkasawan lain ialah pesara Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA),  Michael Lopez-Alegría; warga Itali, Walter Villadei dan juruterbang Sweden, Marcus Wandt.   

Pelancaran itu pada mulanya dijadualkan kelmarin tetapi ditangguh  bagi membolehkan pemeriksaan prapelancaran dan analisis data dilakukan ke atas roket tersebut, kata SpaceX di platform X.

Keempat-empat angkasawan itu dijangka melakukan perjalanan selama kira-kira 36 jam sebelum tiba di ISS awal esok. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI