fbpx

65 mangsa ‘tersangkut’ banjir termenung di Segamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN banjir termenung masih melanda penduduk Kampung Seberang Batu Badak, Segamat.

JOHOR BAHRU – Setakat pukul 9 pagi hari ini, masih terdapat seramai 65 mangsa yang ditempatkan di dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih dibuka di Segamat.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memberitahu, mangsa yang terdiri daripada 19 keluarga itu melibatkan daerah Segamat yang digenangi banjir termenung.

Menurut beliau, dua PPS yang masih beroperasi adalah PPS Balairaya Kampung Batu Badak dan PPS Dewan Komuniti Kampung Tasek.

“Banjir yang melanda Johor sejak awal bulan ini bagaimanapun tidak merekodkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI