fbpx

24 tukang urut warga asing dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA wanita warga asing yang ditahan di empat pusat urut di Masai, Pasir Gudang, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Seramai 24 wanita warga asing dicekup anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor dalam Ops Gegar susulan serbuan yang dilakukan di empat buah pusat urut di Masai di sini semalam.

Pengarah JIM Johor, Baharuddin Tahir berkata, kesemua wanita warga asing yang ditahan pada pukul 5.30 petang itu berusia lingkungan berusia 21 sehingga 42 tahun.

Katanya, operasi diadakan itu melibatkan sepasukan pegawai dari Unit Penguatkuasa Bahagian Jabatan Imigresen Johor dan Pegawai dari Kompleks Sultan Abu Bakar, Iskandar Puteri.

“Pemeriksaan dijalankan mendapati semua wanita warga asing tersebut yang disyaki pekerja tukang urut di premis tersebut menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PSL) dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).

“Mereka yang ditahan terdiri daripada 17 wanita warga Vietnam, empat wanita Indonesia dan dua wanita Thailand,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurutnya, turut merampas enam set peralatan mengurut, 10 unit kondom, enam keping kas akses bilik dan wang tunai RM2,275.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI