fbpx

Suspek bunuh pengawal keselamatan rupanya gelandangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexson menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang pegawai IPD Miri sempena Perhimpunan Bulanan IPD Miri, hari ini.

MIRI – Suspek yang disyaki membunuh pengawal keselamatan di sebuah tadika di Taman Tunku di sini, pada 13 Januari lalu merupakan seorang gelandangan.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, lelaki berusia 48 tahun itu kini direman sehingga 21 Januari ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menafikan terdapat dua individu yang terlibat dalam kes tersebut.

Terdahulu, Alexson memberitah,u pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat mangsa yang berusia 72 tahun kira-kira pukul 9.30 pagi, 13 Januari lalu.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas mayat mangsa mendapati terdapat beberapa kesan tusukan di leher dan muka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI