fbpx

Siti Saleha enggan terburu-buru akhiri zaman janda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALLY lebih selesa tidak terlalu berbicara tentang soal peribadi namun mengharapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai. - FAUZI BAHARUDDIN

KUALA LUMPUR – Enggan terburu-buru ke jenjang pelamin meskipun sudah lebih setahun menyulam cinta dengan kekasih Joshua Fitton, pelakon Siti Saleha mengakui belum bersedia mengakhiri zaman janda.

Ujar pemilik nama penuh Siti Saleha Mohd Baharum itu, dia dan Joshua enggan dihimpit tekanan agar cepat berkahwin semata-mata disebabkan gesaan orang, bahkan mereka selesa melayari perhubungan itu dengan tenang.

“Kami kawan, masih lagi kawan. Tiada apa yang boleh saya ungkapkan kali ini, kalau ada apa-apa perubahan mahupun perancangan saya akan beritahu semua.

“Biarlah semuanya berjalan dengan manis dan perlahan, kita tidak mahu tergesa-gesa dan saya tak ingin berasa tertekan.

“Walaupun dah lama kami berkawan dan tahu masanya juga sangat sesuai sekarang, tapi kena hati-hati, kalau berasa tertekan nanti jadi tak seronok,” katanya kepada Kosmo! Online.

Masih dalam fasa bahagia, aktres berusia 35 tahun itu enggan mengulas lanjut sebaliknya meminta orang ramai mendoakan agar jodoh mereka dipanjangkan ke fasa seterusnya.

“Hubungan kami sekarang dalam keadaan baik-baik sahaja, saya tidak mahu komen lebih, doakan kami moga dipermudah segalanya.

“Sekali lagi, ini bukan tentang apa yang khalayak fikir tetapi lebih kepada soal hati dan perasaan.

“Sepatutnya dia juga datang hari ini tetapi bertindan pula jadual kerjanya dengan benda lain, jadi ya, doakan kami okey!,” ujarnya ketika ditemui pada sidang media Tonton Original Series SeOfis, semalam.

Pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu bercerai dengan bekas suami, Ahmad Lutfi Azhar pada tahun 2022 selepas empat tahun berkahwin dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Akhir tahun tersebut, Siti Saleha yang mesra disapa Sally itu membuat pengakuan sedang mengenali hati budi Joshua yang merupakan seorang pereka fesyen jenama terkemuka tempatan, Atelier Fitton. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI