fbpx

Siti Nurhaliza disaran mufti anjak konsert, hormat Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUFTI Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd. Noor memberi saranan agar konsert Siti Nurhaliza dianjak bagi menghormati kedatangan bulan Ramadan.

BELUM reda kemurungan peminat yang terlepas tiket konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza, timbul pula saranan daripada Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd. Noor berhubung penganjuran acara mega bertarikh 9 Mac tersebut.

Dalam kenyataannya, Wan Salim berharap penghibur tersohor itu dapat menganjakkan konsert berkenaan ke tarikh lain iaitu bukan beberapa hari menjelang 1 Ramadan yang jatuh pada 12 Mac.

Penganjuran konsert menghampiri bulan puasa disifatkan seolah-olah melakukan perbuatan yang melalaikan daripada mengingati Allah, selain tidak menghormati bulan suci itu.

Katanya lagi, umat Islam digalakkan mengambil peluang untuk menggandakan amal ibadat serta banyak melakukan kerja kebajikan.

Konsert Siti dijadualkan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Sejak dibuka untuk jualan, tiket konsert Siti kali ini habis terjual dalam tempoh kurang tiga jam, selepas dilancarkan pada 21 Disember tahun lalu.

Siti sebelum ini menyatakan konsert berkenaan sepatutnya berlangsung pada Julai 2023 tetapi terpaksa ditangguhkan sebaik mendapat tarikh baharu daripada Perbadanan Stadium Malaysia dan Axiata pada 9 Mac ini.

Mizz Lahar: Akhirnya Konsert Milenia yang menggabungkan penyanyi dangdut Malaysia dan Indonesia direalisasikan pada 27 Januari selepas beberapa kali tertangguh. Ingat tak jadi dah!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI