fbpx

Seludup rokok dengan ikrar sebagai tanglung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norlela melihat arak yang dirampas pihaknya pada sidang akhbar tersebut. - Foto oleh SADDAM YUSOFF/KOSMO!

KLANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan sindiket penyeludupan rokok dengan merampas lebih 12 juta batang rokok menerusi dua serbuan berasingan di Pelabuhan Utara dan Batu Caves dekat sini, baru-baru ini.

Kesemua rampasan dilakukan pada kontena, rumah dan kenderaan pada Disember dan bulan ini.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail berkata, pihaknya terdahulu mengesan dua kontena yang cuba mengelak cukai di Pelabuhan Utara pada 14 dan 29 Disember lalu.

Katanya, barang dalam kontena tersebut telah diisytiharkan palsu sebagai tanglung, baju, kotak dan perabot.

“Hasil pemeriksaan menemui keseluruhan 12 juta batang rokok pada kontena-kontena itu dari China tersebut.

“Kita kemudian telah membuat pemeriksaan dan serbuan terhadap sebuah kenderaan dan rumah di Batu Caves dengan merampas 90,400 batang rokok. Nilai kesemua rokok dirampas berjumlah RM1.3 juta termasuk cukai,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Jelas beliau, pihaknya turut menahan seorang wanita tempatan dengan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan penglibatan suspek lain.

Norlela memberitahu, pihaknya juga berjaya merampas 6,365 liter minuman keras pelbagai jenama daripada empat kontena juga dari China pada 20 Disember lalu di Pelabuhan Utara.

“Kejayaan itu hasil mesin pengimbas yang menunjukkan imej meragukan dan tidak konsisten dengan deskripsi dagangan yang diikrar dalam Borang Kastam 1 (import).

“Sebagai rumusan, nilai kesemua rampasan tersebut termasuk cukai adalah sebanyak RM9.08 juta dengan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) dan (d) Akta Kastam 1967. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI