fbpx

Remaja 16 tahun dikurung dalam motel ditemui selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

HULU SELANGOR – Remaja lelaki 16 tahun yang dilaporkan hilang bersama abangnya ketika pulang solat subuh dari surau di Taman Bernam Jaya, Hulu Bernam, di sini, sejak 1 Januari lalu, ditemukan dalam keadaan selamat.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim mengesahkan perkara berkenaan ketika ditanya pihak media hari ini.

“Ya, sudah ditemui,” ujarnya ringkas.

Ujarnya, kenyataan rasmi berhubung perkara itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Semalam, ibu kepada dua beradik itu, memberitahu anak sulungnya, 17, yang mesra dengan panggilan Along ditemukan dalam keadaan tidak bermaya di Stesen LRT Pasar Seni, Kuala Lumpur, pada Khamis lalu.

Katanya, Along dan adiknya telah dilarikan individu tidak dikenali sebelum dibawa dan dikurung di sebuah motel di Jalan Petaling, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, mereka berdua dipisahkan pada 9 Januari dan Along sempat melarikan diri bersama telefon bimbit milik lelaki tersebut yang tertidur akibat pengaruh dadah.

Along terus menghubunginya menggunakan telefon bimbit berkenaan untuk memaklumkan keberadaannya dan menelefon polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI