fbpx

Piala Asia: Arab Saudi selamatkan reputasi Mancini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GHAREEB (tengah) mencetuskan kebangkitan Arab Saudi untuk merakam kemenangan 2-1 ke atas Oman awal pagi semalam. – AFP

DOHA – Pengurus Arab Saudi, Roberto Mancini berdepan detik cemas sebelum pasukannya melengkapkan kebangkitan di hujung permainan untuk menewaskan Oman 2-1 pada aksi pertama Kumpulan F Piala Asia di Stadium Antarabangsa Khalifa awal pagi semalam.

Hadir selaku jurulatih berprofil tinggi, Mancini wajar berterima kasih kepada pertahanan Al-Hilal, Ali Al Bulaihi yang menghasilkan gol kemenangan, sekali gus menyelamatkan maruahnya daripada bermula langkah kiri di pentas berprestij Piala Asia.

“Ini adalah pertandingan, pasukan dan pemain berbeza. Kami sudah melakukan tugas dengan baik, namun kami tidak ada cara lain kecuali perlu tingkatkan lagi kualiti permainan untuk menghadapi perlawanan selepas ini,” katanya.

Dari segi penguasaan, Arab Saudi sememangnya berhak untuk mengesahkan tiga mata kerana Green Falcons menguasai 66 peratus permainan dan merekodkan empat percubaan tepat berbanding hanya dua yang dimiliki oleh Oman.

Terdahulu, Oman memastikan babak pertama menjadi milik mereka apabila Salaah Al Yahyaei menyempurnakan sepakan penalti dan jaringan itu jelas memberikan situasi sukar kepada Arab Saudi yang berdepan masalah untuk mendapatkan gol penyamaan.

Abdulrahman Ghareeb kembali menyamakan kedudukan dan gol kemenangan Al Bulayhi turut mencetuskan drama apabila awalnya ia dibatalkan kerana didakwa berada dalam kedudukan ofsaid sebelum Video Bantuan Pengadil (VAR) mengesahkan jaringan berharga itu buat Arab Saudi.

Arab Saudi dijadualkan menentang Kyrgyzstan awal pagi Isnin ini ketika lawan itu kini berdepan misi wajib menang selepas dimalukan wakil Asia Tenggara, Thailand 0-2 kelmarin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI