fbpx

Pengantin terima mas kahwin ibadah haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengantin perempuan menerima wang tunai sebanyak 25,000 rupiah (RM7.55 sen), sebuah kereta dan ibadah haji sebagai mas kahwin. – TikTok

JAKARTA – Sepasang pengantin baharu di Pangandaran, wilayah Jawa Barat menjadi perhatian pengguna media sosial selepas menetapkan wang tunai 25,000 rupiah (RM7.55 sen), sebuah kereta dan ibadah haji sebagai mas kahwin, lapor portal berita Okezone hari ini.

Berdasarkan sebuah video tular yang dimuat naik di platform TikTok, pasangan memakai baju sedondon berwarna hitam itu kelihatan tenang ketika acara akad nikah berlangsung.

“Saya terima nikahnya Ayu Rosita binti Suhanda dengan mas kahwin peralatan solat, wang tunai 25,000 rupiah, satu unit Honda Brio dan ibadah haji yang ditangguhkan,” kata pengantin lelaki.

Selepas video itu tular, orang ramai bertanya nengenai mas kahwin ibadah haji yang ditangguhkan sebelum pengantin lelaki tampil memberi penjelasan.

“Ibadah haji ditangguhkan kerana kita tidak boleh terus berangkat mengerjakan haji selepas mendaftar. Minimum 15 atau 20 tahun (tempoh penantian), justeru, ia ditangguhkan,” katanya.

Video itu menerima pelbagai komen netizen.

“Sudahlah dapat Honda Brio, ada lagi ibadah haji yang ditangguhkan. Saya juga mahu begini, abang,” kata seorang netizen.

“Selepas dengar mas kahwin 25,000 rupiah dalam hati berkata ‘sederhana sangat gadis ini’, sampailah terdengar sehingga habis,” kata netizen lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI