fbpx

Ditegur pelanggan hanya kerana jual nasi berlauk murah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gerai nasi bajet yang menjual nasi berlauk pada harga RM3.50 sebungkus. - Foto oleh NURUL SHIMA DI X

PETALING JAYA – Seorang peniaga terkejut apabila ditegur pelanggan gara-gara menjual nasi berlauk pada harga serendah RM3.50 sebungkus.

Menerusi perkongsian di aplikasi X, peniaga itu berkata, pelanggan terbabit mendakwa jualannya boleh menyebabkan perniagaan lain terjejas.

“Datanglah seorang hamba Allah ke gerai nasi bajet baru-baru ini. RM3.50 satu (sebungkus) ke?, tanya dia.

“Saya pun jawab ya. Dia tanya lagi, lauk asing atau campur? dan saya jawab lauk asing.

“Dan dia pun tanya lagi. Sampai la ke peringkat saya terkedu sekejap bila dia cakap, awak ni nak tutup periuk rezeki orang yang jual nasi lain ke?

“Kalau awak jual harga begini (murah), macam mana peniaga lain nak hidup? Mesti orang beli dekat awak sebab murah. Awak kena naikkan harga jadi RM4.50, kena selarikan nasi Rahmah,” kongsi peniaga itu.

Menurut peniaga tersebut, nasi berlauk yang dijual RM3.50 sebungkus itu masih dianggap mahal oleh segelintir individu.

“RM3.50 sebungkus nasi itu pun ada yang kata mahal. Lauk bukan setakat ayam dan daging. Kadang-kadang udang, sotong, lala, ikan, ketam.

“Akak dapat balik modal dan ada untung ciput (sedikit) pun alhamdulillah. Memang niat hendak bagi orang makan puas hati. Doa itu berharga.

“Pelbagai peel (perangai) orang yang datang singgah gerai nasi bajet saya. Ada rasa nak tepuk dahi sendiri dekat situ juga,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI