fbpx

Tragedi Lahad Datu: DSP Hasnal terima pingat Panglima Gagah Berani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Hasnal dikurniakan PGB oleh Agong di Istana Negara, semalam.

PETALING JAYA – Pegawai Cawangan Khas Bukit Aman, Deputi Superintendan (DSP) Mohamad Hasnal Jamil dikurniakan pingat Panglima Gagah Berani (PGB) oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau merupakan penerima tunggal PGB bersempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bertempat di Istana Negara, di sini semalam.

Pada Mac 2013, Mohamad Hasnal cedera akibat ditembak dan ditetak pengganas Sulu dalam Op Daulat di Kampung Simunul, Semporna di Sabah.

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan tahniah kepada Hasnal yang menerima PGB pangkat kedua antara lima pangkat dalam darjah-darjah Gagah Perkasa.

Pangkat PGB diberikan kepada mereka yang menunjukkan kegagahan dan keberanian luar biasa ketika berdepan dengan musuh.

Pada Februari 2013, negara ini digemparkan dengan pengganas Sulu yang menceroboh perairan Sabah secara berperingkat di Felda Sahabat, Lahad Datu.

Pencerobohan itu membawa kepada pertempuran pada 1 Mac di Kampung Tanduo sehingga menyebabkan 10 wira negara gugur, manakala 68 pengganas Sulu ditumpaskan.

Tragedi berdarah itu diisytiharkan tamat pada 10 April tahun yang sama – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI