fbpx

Papar bayaran RM1.37 rupanya ditolak lebih RM2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Michael (dua dari kiri) bersama Zhu Yihan (dua dari kanan) menunjukkan laporan berhubung penipuan membabitkan pautan di Wisma MCA, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang penuntut warga China berputih mata selepas ditipu sebanyak RM2,099 gara-gara menekan pautan yang diberikan oleh ‘Pos Laju’.

Mencerita kejadian itu, Zhu Yihan, 23, berkata, rakannya menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) memaklumkan terdapat satu bungkusan yang perlu dituntut ekoran gagal memberikan alamat yang betul, Ahad lalu.

Zhu Yin memaklumkan, keesokan harinya dia telah tampil ke Pejabat Pos Sentul, di sini, untuk bertanyakan mengenai SMS serta bungkusan berkenaan.

Penuntut tersebut turut mendakwa dinasihatkan oleh pekerja premis berkenaan untuk mengisi pautan yang disertakan bersama SMS berkenaan.

“Pekerja yang bertugas di sana memaklumkan nombor penghantaran bungkusan seperti dipaparkan pada SMS itu dan juga indentiti penghantarnya tidak direkodkan dalam sistem syarikatnya.

“Saya kemudiannya dinasihatkan oleh pekerja itu untuk mengisi pautan yang disertakan pada SMS bagi mendapatkan bungkusan tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA, di sini, hari ini.

Jelas Zhu Yin, pautan tersebut memintanya mengisi borang berkenaan maklumat peribadi, nombor akaun bank, dan membuat pembayaran sebanyak RM1.37 untuk mendapatkan bungkusan tersebut.

“Disebabkan saya percaya dengan nasihat diberikan pekerja tersebut, saya telah mengisi borang itu tanpa rasa curiga selain paparan yang ditunjukkan juga seakan bukan scammer,” katanya.

Selesai mengisi borang tersebut, Zhu Yin terkejut apabila duit di dalam akaun bank miliknya telah kehilangan sebanyak RM2,099 selepas membuat pembayaran RM 1.37.

Merasakan dirinya diitipu, pelajar tersebut bertindak membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul dan meminta pihak bank menyekat akaun bank miliknya.

“Saya rasa kecewa dan sedih kerana disebabkan arahan diberikan pekerja tersebut menyebabkan saya ditipu. Setakat ini saya hanya menerima permohonan maaf sahaja dan pihaknya enggan memberikan ganti rugi,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan (PSCD) MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, kes penipuan menyasarkan pelajar antarabangsa merupakan kali kedua diterimanya pada tahun ini.

“Pada tahun lepas sahaja kerugian akibat penipuan yang kami terima mencecah RM700,000 membabitkan tujuh individu. Semua pihak perlu ambil maklum berhubung penipuan yang menyasarkan penuntut universiti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI