fbpx

Mentua sakit, anak-anak desak menantu jaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa kesal dengan sikap adik-beradik iparnya apabila tiada seorang pun yang rela menjaga ibu mereka.

Katanya, ibu mentuanya mengalami masalah nyanyuk selain sering tidak sihat disebabkan faktor usia yang hampir 70 tahun dan memerlukan jagaan anak-anak.

“Ada empat anak perempuan, seorang pun malas nak jaga mak sendiri. Mereka siap desak saya yang jaga. Katanya saya suri rumah jadi patut jaga mentua saya itu. Mereka bekerja dan tiada masa untuk jaga mak.

“Patutkah anak-anak lepas tangan isu jaga mak sendiri? Mereka fikir saya yang suri rumah tak ada kerja lain? Saya sendiri ada tiga orang anak nak diuruskan, sedangkan ipar saya ada yang masih belum mempunyai komitmen anak pun tak sanggup jaga mak sakit.

“Pelik la zaman sekarang, soal jaga mak sakit, selalu lepas kepada menantu. Sudahnya anak sendiri berkorban apa untuk mak mereka?,” soalnya dalam satu hantaran yang dimuat naik di Facebook baru-baru ini.

Tambah wanita itu lagi, suaminya pernah meminta untuk setiap adik beradik bergilir-gilir menjaga ibu mereka, namun pelbagai alasan yang diberikan.

“Suami pernah usul dengan adik beradik dia untuk gilir-gilir jaga mak, tetapi ada sahaja alasan. Mentang-mentang suami anak bongsu dan satu-satunya anak lelaki, kakak-kakak yang lain lepas tanggungjawab macam itu sahaja,” jelasnya.

Perkongsian wanita itu mendapat perhatian pengguna media sosialnya apabila pelbagai reaksi diberikan di ruangan komen.

“Sama macam situasi saya, kakak ipar minta saya dan suami jaga mak di rumah kami. Sebab kesian mak duduk seorang di kampung.

“Katanya, saya gaji banyak, jadi mampu tanggung mak mentua,” kongsi seorang pengguna Facebook. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI