fbpx

Kemasukan MRSM sesi 2024 diutamakan untuk golongan B40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASYRAF WAJDI.

PETALING JAYA – Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan memastikan kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sesi 2024 diutamakan kepada golongan B40 dan M40 yang punya tanggungan keluarga yang besar.

Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dasuki berkata, perkara itu antara intipati penting yang diperbincangkan pada Mesyuarat Majlis MARA kali-1 bagi tahun 2024.

Menurut beliau, intipati penting lain meysuarat itu adalah memfokuskan program pendidikan Mara termasuk Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dan pembangunan usahawan kepada kumpulan sasaran.

Jelas beliau, kumpulan sasar bagi program pendidikan termasuk TVET dan pembangunan usahawan Mara adalah golongan miskin dan berpendapatan sederhana di bandar.

“Daripada 21 juta populasi Bumiputera, 14 juta atau hampir 70 peratus berada di bandar iaitu 16.4 juta orang berbanding 6.9 juta yang tinggal di kawasan Luar Bandar.

“Hari ini rata-rata kemiskinan bandar adalah lebih parah situasinya berbanding luar bandar,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, Mara akan memastikan agenda Bumiputera terus diperkasa dan dimartabatkan melalui agenda 3P (penyertaan, pemilikan dan penguasaan) dan budaya yang diperkenalkan 3iP (integriti, ihsan, inovatif dan profesionalisme). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI