fbpx

Kemampanan amalan terbaik perkukuh industri getah di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Pegawai Eksekutif MRC, Muhammad Eizaaz Muhammad Redzuan (dua dari kiri) menyerahkan cenderahati kepada Timbalan Ketua Setiausaha (komoditi) Kementerian Perladangan dan Komoditi,Datuk Zailani Hashim di Kuala Lumpur hari ini.

PETALING JAYA – Majlis Getah Malaysia (MRC) komited untuk menjadikan Malaysia sebagai pengeksport utama produk getah dengan tumpuan terhadap kualiti dan kemampanan.

Bagi mencapai misi tersebut, MRC aktif menggalakkan pemain terhadap amalan perniagaan yang bertanggungjawab melalui inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) sambil membina hubungan yang kukuh dengan pihak berkepentingan. 

Pengerusinya, Datuk Mohamad Suparadi Md Noor berkata, dengan jumlah pengguna yang kini semakin ramai menuntut produk yang mampan dari segi alam sekitar dan etika, usaha ini akan membawa kepada permintaan global yang semakin kukuh untuk kemampanan yang terus berkembang. 

Menurut beliau, sehingga tahun  2022, Malaysia menduduki tempat kelapan di peringkat global dalam pengeluaran getah. 

Pada tahun lalu, negara memperoleh RM27.16 bilion daripada eksport getah, dengan 70 peratus (RM19.04 bilion) datangnya daripada sarung tangan getah. 

“Barangan getah Malaysia dieksport ke 190 buah negara, dengan Amerika Syarikat (29 peratus) dan Kesatuan Eropah (19 peratus) sebagai dua destinasi eksport utama,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan bersempena Persidangan Getah ESG 2024 di sini hari ini. 

Selain itu, Suparadi menggesa agar industri mengambil usaha untuk mengurangkan impak terhadap alam sekitar, menegakkan etika dan menjalankan perniagaan tanpa memberi kesan negatif kepada keseimbangan alam sekitar, komuniti atau masyarakat secara menyeluruh. 

Tambah beliau, sebagai penyumbang penting kepada ekonomi negara, penggunaan amalan kemampanan akan menjadi langkah penting bagi industri getah untuk terus maju ke hadapan.

 “Ini melibatkan pelaburan dalam penyelidikan untuk alternatif yang lebih hijau, melaksanakan strategi untuk meminimumkan sisa serta menjimatkan tenaga dan jika boleh, menukarnya menjadi produk sampingan yang lain,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI