fbpx

Jangan panggil ustaz tetapkan bayaran untuk ceramah – UAI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Azhar ketika menjelaskan perkara tersebut menerusi sesi ceramah yang dimuat naik di YouTube Ustaz Azhar Idrus Official baru-baru ini.

PETALING JAYA – Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) menegur segelintir individu yang menjadikan kerjaya sebagai penceramah atau gelaran ustaz untuk meraih pendapatan lumayan.

Tegas beliau, mempelajari ilmu agama adalah untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat kelak bukan sebagai ‘tiket’ menjadi kaya.

“Kita niat belajar nak jadi alim (dapat gelaran ustaz) boleh. Tetapi niat nak jadi alim nak dapat duit, tak boleh. Kerana kita tak boleh niat cari duit dengan jadi alim sebab ilmu agama jangan niat dunia,” katanya menerusi satu perkongsian ceramah yang dimuat naik di YouTube Ustaz Azhar Idrus Official baru-baru ini.

Tambah beliau, terdapat juga segelintir penceramah yang sering menetapkan kadar bayaran sekiranya ingin mengundang mereka hadir berkongsi ilmu dalam sesebuah majlis.

“Zaman sekarang ini ada beberapa orang penceramah, bila kita panggil dia, dia akan kira harga dahulu. Nak panggil boleh, bayar RM1,500 dahulu, lepas itu RM1,000 lagi bayar kemudian.

“Kalau boleh jangan panggil dah jenis letak harga macam itu. Orang panggil kita mengajar, bagi ceramah, orang bagi duit harus ambil, halal. Nabi Muhammad SAW juga pernah ambil sumbangan duit orang beri kepada baginda.

“Yang tak molek (sesuai) kita tetapkan harga, nak panggil mengajar tetapi ditetapkan harga berapa. Walaupun ada dalam mazhab Maliki membenarkan (minta bayaran), tetapi tak comel (sesuai). Kalau nak jadi ustaz sebab nak kaya, tak payah la, tak kaya. Dia kena berniaga juga baru kaya,” pesannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI