fbpx

Isteri lesap selepas kirim duit RM800

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seow Hwa (kiri) menujukkan foto isterinya, Je Siang yang dilaporkan hilang dan kini dipercayai berada di Laos.

PETALING JAYA – Seorang jurutera perisian meluahkan rasa bimbang akan keselamatan isterinya yang hlang selepas berkunjung ke Taiwan seorang diri atas urusan peribadi pada 28 Disember lalu.

Loh Seow Hwa, 44, berkata, isterinya, Lee Je Siang, 63, yang bekerja sebagai sukarelawan sepatutnya menaiki penerbangan pulang ke Malaysia pada 7 Januari lalu, namun sehingga kini masih belum pulang.

“Pada 3 Januari lalu, saya menghubungi dia (isteri) untuk bertanyakan tarikh dan waktu penerbangan pulang ke Malaysia.

“Dia beritahu akan tiba pukul 9 malam, 7 Januari. Pada hari terseut, saya menunggunya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), tapi isteri tidak muncul dan telefon bimbitnya gagal dihubungi” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Cerita Seow Hwa, dia yang menetap di Puchong, Selangor menyedari isterinya hilang apabila mendapati WhatsApp wanita itu kali terakhir aktif pada 4 Januari lalu.

Loh berkata, dia kemudian menghubungi beberapa rakan untuk mengesan isterinya sebelum diberitahu pengasuh bahawa wanita itu ada mengirim wang bayaran asuhan.

“Pengasuh itu menghantar resit bukti pembayaran yang dibuat isteri. Berdasarkan resit, isteri mengirimkan wang RM800 dari Laos.

“Saya tidak tahu kenapa isteri berada di sana kerana dia beritahu mahu ke Taiwan.

“Saya bimbang dia dilarikan kerana telefon bimbitnya sudah tidak dapat dihubungi lagi sehingga kini,” katanya.

Sehubungan itu, Seow Hwa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang selain pihak kedutaan Malaysia di Laos.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Pertubuhan Kemanusiaan Malaysia (MHO), Daniel Khoo berkata, pihaknya sudah berhubung dengan pihak kedutaan di negara berkenaan dan kini sedang berusaha mengesan mangsa.

Katanya, pihak kedutaan sentiasa memberikan kerjasama yang baik dan berusaha membantu rakyat Malaysia yang terkandas atau hilang.

“Apa saja kes membabitkan rakyat Malaysia di luar negara, memang kita akan rujuk dengan pihak kedutaan termasuklah kes rakyat Malaysia yang jadi mangsa pemerdagangan manusia,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI