fbpx

Ibu mengandung mengidam bau tayar motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan ibu mengandung yang melepaskan rasa mengidamnya dengan menghidu bau tayar motosikal.

PETALING JAYA – Seorang ibu mengandung mencuri perhatian orang ramai apabila melepaskan rasa kempunannya untuk menghidu bau tayar motosikal gara-gara mengidam.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @mimiaina1 di akaun TikToknya kelihatan dia meletakkan kepalanya kedalam gelung tayar tersebut sambil menghidunya sepuas yang mungkin.

Di penghujung video berkenaan pula kelihatan bakal ibu kepada cahaya mata pertama itu tersenyum kepuasan selepas menghidu tayar motosikal berkenaan.

“Kenapa orang mengandung mengidam benda pelik-pelik,” tulisnya.

Sehingga kini videonya mendapat 400,700 tontonan, 29,100 tanda suka dan 1,922 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang terhibur melihat gelagat bakal ibu tersebut selain berkongsi juga pengalaman-pengalaman mengidam sepanjang mengandung.

“Sama dengan saya. Pertama kali mengandung suka bau-bau tayar, bau getah semua. Kalau semua pergi kedai motosikal sanggup ikut semata-mata nak cium bau,” komen Zie.

“Insha Allah mana tahu rezeki akak dan suami dapat anak nanti dah besar jadi tauke kedai tayar,” komen Mohd.

“Saya yang bujang ni pun suka bau tikar getah, minyak petrol, kasut baru beli. Semua tu kegemaran saya kak,” komen pengguna yang lain pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI