fbpx

Grab Malaysia gandakan usaha #SavewithGrab, tawar lebih penjimatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Inisiatif #SavewithGrab memastikan rakyat Malaysia terus mendapat penjimatan apabila menggunakan perkhidmatan Grab.

PETALING JAYA – Grab Malaysia memperluaskan inisiatif #SavewithGrab yang dilancarkan pada tahun lepas, untuk meningkatkan kebolehcapaian perkhidmatan atas permintaan, dengan menyasarkan pengguna yang peka dengan bajet saat landskap ekonomi berubah.

Dalam Tinjauan Ekonomi 2024 oleh Kementerian Kewangan, kadar inflasi Malaysia diramalkan berada antara 2.1 peratus dan 3.6 peratus tahun ini, menekankan keperluan untuk penyelesaian harian yang praktikal dan mudah dicapai dalam usaha untuk berjimat.

Ketua Pemasaran, Grab Malaysia, Hassan Alsagoff berkata, matlamat syarikat adalah untuk memberi perkhidmatan kepada semua rakyat Malaysia bagi setiap keperluan mereka.

“Penambahbaikan ini akan membantu kami mencapainya dengan menjadikan platform kami lebih mudah diakses oleh segmen pengguna yang lebih luas.

“Kemas kini baharu seperti GrabUnlimited Long-Term Plans dan Stamp Cards bukan sahaja membantu kami untuk kekal relevan dalam fikiran pengguna yang mementingkan bajet, tetapi juga membuka lebih banyak peluang penjimatan bagi semua pengguna kami, selain berpotensi meningkatkan pendapatan untuk rakan pemandu, penghantar dan peniaga kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Kemaskini baharu seperti GrabUnlimited Long-Term Plans dan Stamp Cards membuka lebih banyak peluang untuk berjimat.

Meningkatkan akses perkhidmatan penghantaran untuk setiap rakyat Malaysia 

Untuk memenuhi keperluan bagi segmen pengguna yang lebih luas, ciri-ciri baharu ini ditujukan kepada mereka yang peka terhadap bajet dan harga.

Ini termasuk pilihan penghantaran GrabFood yang lebih rendah, peningkatan ciri untuk pesanan berkumpulan, pelan langganan jangka panjang GrabUnlimited dan ganjaran melalui program kesetiaan rakan kongsi yang baru diperkenalkan:

  • Kombo jimat & Pakej RAHMAH

Sebagai tambahan kepada HOTDEALS dan HUNGRYDEALS, Grab akan membawa kembali promosi kegemaran peminat, Kombo Jimat dan Pakej RAHMAH untuk membantu rakyat Malaysia mendapatkan makanan terbaik pada harga terendah.

  • Stamp Cards

Dapatkan setem dan ganjaran daripada restoran kegemaran melalui GrabFood dan juga pesanan dalam kedai.

Program kesetiaan Stamp Card baharu ini kini disediakan oleh rakan peniaga Grab Malaysia yang mengambil bahagian di seluruh negara seperti Baskin Robbins, Killer Gourmet Burgers (KGB), Kyochon, Lim Fried Chicken (LFC), Salad Atelier dan banyak lagi.

  • GrabUnlimited Long-Term Plans

Dengan pelan jangka panjang yang diperkenalkan ini, rakyat Malaysia kini boleh melanggan GrabUnlimited dengan hanya RM3.99 sebulan!

Kini ditawarkan dalam tempoh 6 bulan dan 12 bulan, pelan baharu ini memudahkan pengguna menikmati faedah dan penjimatan tanpa had.

Kad Debit GXBank memberi peluang untuk memperoleh pulangan tunai tanpa had.

Lebih banyak penjimatan di seluruh ekosistem Grab 

Berikutan usaha menggandakan tumpuan terhadap harga mampu milik, Grab Malaysia juga akan memperluaskan #SavewithGrab dalam segmen perniagaannya yang lain, khususnya dalam sektor e-panggilan dan kewangan dengan GrabCar Saver dan GXBank:

  • GrabCar Saver (Pilot)

Menyusul reaksi positif rakyat Malaysia terhadap Saver Delivery di GrabFood, Grab Malaysia telah memperkenalkan GrabCar Saver – perkhidmatan pengangkutan baharu di mana penumpang boleh menjimatkan tambang sehingga 20 peratus.

Jenis perjalanan ini kini tersedia di sekitar bandar dan pada masa yang terpilih.

  • Kad Debit GXBank

Kad GX dari GXBank yang akan datang bakal menawarkan pelbagai ganjaran dan penjimatan seperti satu peratus wang tunai tanpa had untuk setiap urus niaga, serta mata ganjaran GrabRewards sebanyak 1.5 peratus apabila digunakan di Jaya Grocer.

Tambahan pula, hanya dengan membuka akaun simpanan GX, pengguna boleh menikmati simpanan dengan kadar faedah harian tiga peratus setahun.

Untuk tempoh terhad, pengguna juga boleh mendapat pulangan cashback dan keahlian GrabUnlimited secara percuma selama enam bulan dalam bentuk cashback segera.

 

“Matlamat mutakhir kami kekal sama – bagi menjadi platform atas permintaan yang paling mudah diakses untuk perkhidmatan harian bagi setiap rakyat Malaysia.

“Memastikan kami menyediakan pilihan yang berpatutan dan peluang tambahan untuk berjimat menjadi salah satu daripada keperluan yang kami rasa penting untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia.

“Sambil kami terus berkhidmat untuk rakyat Malaysia setiap hari, kami juga berharap untuk memenuhi lebih banyak lagi keperluan mereka, termasuklah penyelesaian yang mesra bajet, cepat dan pantas, atau bersesuaian,” tambah Alsagoff. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI