fbpx

Gelandangan serah remaja hilang di Hulu Bernam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

HULU SELANGOR – Remaja lelaki berusia 16 tahun yang dikenali dengan panggilan angah dihantar ke Balai Polis Hulu Bernam di sini oleh seorang gelandangan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, gelandangan yang juga lelaki tempatan berusia 28 tahun itu menghantar remaja berkenaan ke balai kira-kira pukul 10.48 pagi.

“Berdasarkan siasatan remaja berkenaan dipercayai tinggal dengan lelaki tempatan di sebuah hotel terletak di Jalan Petaling Street, Kuala Lumpur selama sembilan hari sebelum melarikan diri.

“Remaja itu tinggal seorang diri di hotel terbiar terletak berhampiran Pasar Seni, Kuala Lumpur selama enam hari.

“Pada Isnin lalu, remaja tersebut telah meminta bantuan daripada seorang gelandangan dan lelaki berkenaan kemudian telah menghantar remaja tersebut ke Balai
Polis Hulu Bernam pagi tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, semakan mendapati, remaja tersebut merupakan salah seorang dua beradik yang dilaporkan hilang ketika pulang solat subuh dari surau di Jalan Kemudi, Taman Bernam Jaya, Hulu Bernam, di sini.

“Kita masih meneruskan siasatan untuk mengenal pasti keadaan remaja yang baru ditemui.

“Sebarang maklumat mengenai penemuan remaja ini amatlah dialu-alukan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI