fbpx

‘Deejay macam bola sepak, habis musim ke kelab lain’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEKAS penyampai radio, Ikhwan Lein menegaskan bahawa politik dalam dunia penyiaran radio adalah perkara biasa. - FAUZI BAHARUDIN

PETALING JAYA – Bekas penyampai radio, Ikhwan Lein menyifatkan isu penamatan kontrak adalah lumrah dalam dunia penyiaran radio dan dia mendoakan mereka yang terkesan agar sentiasa percaya kepada rezeki.

Ujar pemilik nama penuh Mohd. Khairul Ikhwan Rosli itu, dia pernah melalui situasi kontrak ditamatkan ketika berkhidmat di Kool FM namun memilih berlapang dada terhadap situasi yang disifatkan mempunyai hikmah tersendiri.

“Tamat kontrak? pada saya ‘chill’ sahajalah (bila kontrak ditamatkan), tiada apa perlu dihebohkan, rezeki kalau sampai disitu sebenarnya Tuhan nak bagi lebih lagi.

“Benda ini mudah sahaja sebenarnya, siapa yang terlibat dalam penyiaran radio mesti faham hitam putih realiti stesen radio.

“Contoh kalau kita sudah berkhidmat lama dalam sesebuah stesen radio, kita sebenarnya kena faham dan mengerti hakikat hidup silih berganti. Saya sendiri pernah melalui perkara itu,” katanya kepada HibGlam.

Ditanya sejauh mana kebenaran wujudnya politik dalam sesebuah stesen penyiaran, lelaki berusia 41 tahun itu menegaskan semuanya bergantung kepada pengurusan tertinggi sesebuah stesen.

“Sebenarnya semua bergantung kepada stesen itu sendiri. Banyak kemungkinan, mungkin ada masalah hati dalam pengurusan radio, masalah disiplin, dan sebagainya.

“Sebagai bekas penyampai radio selama 12 tahun, apa yang boleh saya katakan adalah kita ini ibarat macam pemain bola sepak, habis musim bertukar ke kelab lain.

“Setiap stesen radio ada politik masing-masing, tapi perkara sama juga berlaku di tempat lain, politik ada dimana-mana, jadi jangan cakap banyak, chill dan redha sahaja,” ujarnya pada sidang media Tonton Original Series SeOfis.

Sebelum ini, Ikhwan pernah berkhidmat sebagai penyampai radio selamat 12 tahun di dua stesen radio, 10 tahun di Hot FM dan dua tahun di Kool FM.

Terdahulu, nama penyampai radio Tyzo, 48, menjadi sebutan selepas kontraknya di Suria FM ditamatkan secara tiba-tiba.

Jumaat lalu, Suria FM iaitu stesen radio milik Star Media Group Berhad, mengumumkan khidmat Tyzo sebagai penyampai bagi segmen Suria Petang, ditamatkan.

Sumber memaklumkan,Tyzo bersikap ‘demanding’ termasuk menuntut kenaikan gaji terutama selepas menang trofi Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular Ke-35 (ABP35) tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI