fbpx

Dana sudah disalurkan, laksana projek Belanjawan 2024 segera – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (dua kanan) pada sidang akhbar selepas Sesi Pemukiman Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan di Cyberview Resort @ Spa, Cyberjaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu setiap projek pembangunan diluluskan pada Belanjawan 2024 dimulakan segera kerana dana sudah disalurkan kepada setiap kementerian bulan ini.

Perdana Menteri berkata, buat pertama kalinya dalam sejarah, Perbendaharaan menyalurkan dana belanjawan pada bulan Januari.

“Tidak perlu tunggu sehingga akhir suku pertama, projek pembangunan yang diumumkan pada Belanjawan 2024 sudah boleh dilaksanakan segera.

“Segala peruntukan yang diluluskan pada Belanjawan 2024 sudah disalurkan kepada semua kementerian bermula bulan ini.

“Setiap kementerian perlu memulakan projek pembangunan itu sekarang (mulai Januari) tanpa perlu menunggu sehingga habis suku pertama,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Permukiman Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan 2024 di sini hari ini.

Ditanya mengenai hala tuju ekonomi negara bagi tahun ini, Anwar berkata, perkara paling utama adalah kestabilan politik diikuti dasar yang jelas.

Katanya, kerajaan juga sudah melaksanakan beberapa inisiatif dan program yang diperlu dikoordinasi oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan Dan Industri (MITI) dan disusuli tindakan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

“Ini menjadi aduan utama yang diutarakan oleh pelabur berpotensi dari China dan Amerika Syarikat (AS) dalam banyak pertemuan saya bersama mereka sebelum ini.

“Perkara ini boleh diselesaikan berdasarkan komitmen dan saya melihat keputusan yang positif daripadanya. Ia harus menjadi keutamaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI