fbpx

Caj minimum tarif air pengguna domestik naik 50 sen di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Caj minimum tarif air baharu bagi pengguna domestik di Selangor ditetapkan kenaikan sebanyak 50 sen berkuatkuasa pada 1 Februari depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ketetapan itu dilakukan menerusi Mesyuarat Kerajaan Negeri dan ia pelarasan tarif air pertama sejak 18 tahun lalu iaitu pada 2006.

“Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan termasuk Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) namun akan mengambil beberapa langkah bagi mengurangkan kesan pelarasan kepada rakyat.

“Caj minimum bagi pengguna domestik akan beralih daripada RM6 kepada RM6.50 ,” katanya hari ini.

Selain itu katanya, bagi rumah yang menggunakan air hingga 20 meter padu (m3), kadar caj bagi setiap meter akan beralih lapan sen iaitu kepada 65 sen iaitu meningkat maksima sekitar RM1.60 sebulan.

“Caj bagi penggunaan 20 hingga 35 meter padu pula daripada 29 sen kepada RM1.32 bagi setiap meter dan ia maksimum sebanyak RM5.95 sebulan. Sementara itu,  penggunaan air melebihi 35 m3 pula RM2.63 bagi setiap meter berbanding kadar lama iaitu RM2.

“Bagi kategori kondominium, caj minimum secara pukal kekal RM173 sebulan dan caj baharu 30 sen kepada RM1.68 bagi penggunaan setiap meter. Kadar bagi estet dan kuarters kerajaan pula meningkat 68 sen kepada RM1.68, dan caj minima adalah RM16.80 sebulan berbanding RM12 sebelum ini,” katanya.

Namun, Amirudin menegaskan kadar bagi kategori rumah kos rendah adalah 98 sen iaitu paling rendah dan peningkatan paling kecil bagi semua kategori kediaman iaitu sebanyak 18 sen bagi setiap meter.

Dalam pada itu, tambah Amirudin, kategori perusahaan komersial dan bangunan bukan domestik lain akan melihat peralihan kadar baharu kepada RM2.70 bagi penggunaan air sehingga 35 m3 manakala penggunaan lebih daripada 35 m3 dikenakan caj RM2.94 bagi setiap meter.

“Rumah ibadah dan institusi kebajikan pula diberinkelonggaran caj dengan kadar rata dan paling rendah iaitu peningkatan enam sen kepada 66 sen. Selain itu, bagi kategori kapal, kadar baharu akan beralih dari RM7 kepada RM7.08,” katanya.

Beliau menjelaskan, kerajaan negeri berpendirian bahawa pelarasan itu akan menjamin kelangsungan dan membolehkan Air Selangor mengelak isu paip bocor dan paip pecah dengan menggandakan kadar penggantian paip usang bermula tahun ini.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI