BERCUTI di Jepun tidak menghalang selebriti sensasi, Fatiya Latiff untuk terus ‘melekat’ dalam laman sosial dan berkongsi bermacam onar sehingga terus menarik perhatian ramai.
Terbaharu pelakon berusia 36 tahun itu mengeluarkan pandangam mengenai pemakaian tudung yang disifatkannya bukan sebagai satu kewajipan.
Fatiya yang kini dilihat semakin selesa mengenakan ‘hoodie’ menegaskan wanita Muslim diwajibkan menutup aurat, bukan semestinya bertudung.
Kalau tengok video dikongsikannya, dia menyebut pakai tudung tak wajib, tutup aurat itu wajib. Jadi katanya pakai baldi di kepala pun boleh.
Mizz Lahar tengok dia sebut perkara itu diambil daripada perkongsian seorang ustaz yang tidak disebutkan namanya.
Apa tujuannya berkongsi hantaran sedemikian pula tidak dapat Mizz Lahar pastikan, sindir siapa pula, entahlah.
Mizz Lahar: Demi duit, suami seorang selebriti ‘sondol’ isteri orang.