PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada terhadap tiga negeri bermula hari ini.
Menurut MetMalaysia melalui satu kenyataan di Facebook, tiga negeri yang terlibat ialah Pahang, Johor dan Sarawak.
“Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Pahang terutamanya di Kuantan, Pekan dan Rompin.
“Selain itu, amaran sama juga dikeluarkan di Johor, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru sehingga 20 Januari (Sabtu).
Dalam pada itu, amaran sama turut dikeluarkan bagi negeri Sarawak, terutamanya di sekitar Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu) dan Mukah sehingga esok.
Bagi keadaan cuaca pada petang ini MetMalaysia meramalkan ribut petir dan hujan lebat dijangka berlaku di Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau), Sarawak sehingga pukul 4 petang ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE