fbpx

UPKK Sirah ditangguh, berlangsung Selasa depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) bagi mata pelajaran UPKK03/01 Sirah yang dijadualkan pada hari ini akan ditangguhkan pada Selasa depan.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd. Yusoff berkata, penangguhan itu dilakukan atas isu teknikal yang tidak dapat dielakkan.

“Jakim memohon maaf atas kesulitan ini dan berdoa agar semua calon UPKK di seluruh negara dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada ujian yang sedang berlangsung.

“Semoga semuanya mendapat kejayaan yang cemerlang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

UPKK berlangsung bermula semalam hingga Selasa depan diadakan bagi menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun lima dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah), Sirah, Jawi dan Khat serta Adab dan Lughatul Quran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI