fbpx

Tambang bas sekolah mungkin naik antara RM10 hingga RM20

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
perkhidmatan van dan bas sekolah sentiasa menjadi menjadi isu hangat setiap kali akhir sesi persekolahan setiap tahun. – Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Pengusaha bas sekolah di negeri ini dikatakan tiada pilihan lain untuk tidak menaikkan kadar baharu antara RM10 hingga RM20 perkhidmatan itu bagi sesi persekolahan 2024/2025 selain meminta ibu bersedia dengan keputusan tersebut, bulan depan.

Beberapa pengusaha bas dan vas sekolah di bahagian pulau serta di Seberang Perai, dekat sini semalam masing-masing meluahkan pandangan berbeza berhubung kadar tambang tersebut.

Seorang pengusaha van sekolah yang hanya mahu dikenali sebagai Muthu, 48, berkata, dia mempunyai alasan tersendiri untuk menaikkan kadar tambang baharu pada sesi persekolahan Mac ini.

Dakwanya, keputusan me­ngenai kenaikan tambang itu akan dimaklumkan kepada semua waris yang juga pelanggannya pada Februari ini.

“Kenaikan tambang ini juga dibuat berdasarkan keputusan daripada persatuan bas sekolah. Kita tunggu bulan depan. Memang setiap tahun berlaku kenaikan antara RM10 hingga RM20.

“Malah, pada sesi persekolahan 2024/2025 ini, perkhidmatan van yang dikendalikan saya ini juga turut mendapat permintaan yang tertinggi dalam kalangan ibu bapa. Malah, saya ada minta mereka hubungi semula pada Februari ini untuk penyelarasan jumlah penum­pang,” katanya kepada Kosmo! di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, keputusan menaikkan tambang baharu adalah disebabkan peningkatan harga bagi pembelian alat gantian kenderaan serta tayar bas yang semakin meningkat setiap tahun.

“Kami juga terbeban, kos harian semakin meningkat. Kami tiada pilihan lain melainkan kerajaan dapat memberi subsidi atau bantuan tambahan kepada semua pengusaha bas dan van sekolah,” ujarnya.

Seorang lagi pengusaha van sekolah yang juga hanya mahu dikenali sebagai Roslan, 51, berkata, dia memutuskan untuk tidak menaikkan tambang bas sekali gus mengekalkan pada harga lama sejak 10 tahun lalu.

“Keadaan ekonomi ketika ini memang amat terasa, harga barang keperluan dan lain-lain semuanya naik harga. Saya ambil keputusan untuk tidak naikkan tambang baharu tahun ini kerana memahami keadaan ibu bapa yang berdepan nasib sama.

“Jika saya berkeras mahu naikkan tambang, rezeki saya mungkin akan hilang. Ibu bapa mungkin tidak lagi mendapatkan perkhidmatan bas sekolah untuk anak mereka. Saya juga perlu pentingkan kualiti perkhid­matan daripada kuantiti (naikkan tambang baharu),” jelasnya.

Sementara itu, seorang pengusaha van sekolah, P. Ramasingam, 52, pula memberitahu, dia ada mendengar desas-desus kenaikan tambang itu pada tahun ini tetapi memilih untuk kekal tambang lama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI