fbpx

Suami isteri sebak terima diploma arwah anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustapa (lima dari kiri) menerima diploma Allahyarham Nur Illyana yang diserahkan oleh pihak UniMAP di Pasir Mas, Kelantan baru-baru ini.

ARAU – Sepasang suami isteri dari Pasir Mas, Kelantan sebak apabila menerima Diploma Kejuruteraan Pembuatan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) anak mereka yang meninggal dunia pada Mei tahun lalu akibat kanser ovari.

Mustapa Awang Besar, 55, dan Noor Azira Sulaiman, 52, menerima diploma Allahyarham Nur Illyana Hasnaa yang disampaikan sendiri Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Zaliman Sauli di rumah mereka, baru-baru ini.

Menurut Noor Azira, dia sama sekali tidak menyangka pihak universiti sanggup mengaturkan majlis itu dan menyampaikan diploma arwah anaknya selepas mereka tidak dapat hadir Istiadat Konvokesyen Ke-18 UniMAP pada November tahun lalu.

“Niat di hati memang ingin menghadiri istiadat tersebut, namun dengan situasi kewangan dan faktor kesihatan suami, kami terpaksa batalkan niat ke sana,” katanya.

Ujarnya, arwah anaknya sebelum ini sememangnya teruja untuk menghadiri konvokesyen, namun tidak sempat berbuat demikian.

“Dia bagaimanapun jatuh sakit sejak Januari tahun lalu dan dikesan mempunyai ketumbuhan di ovari dan selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan tersebut,” jelasnya.

Katanya, arwah selepas itu disahkan pula menghidap kanser ovari tahap empat dan perlu menjalani rawatan kemoterapi tetapi tidak sempat dan meninggal dunia pada Mei tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI