fbpx

Remaja hilang dakwa kena cabul, liwat dalam hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Salah seorang daripada dua beradik yang sebelum ini dilaporkan hilang di Taman Bernam Jaya, Hulu Selangor mendakwa diliwat dan dicabul di dalam sebuah hotel di Jalan Sultan, di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya menerima laporan kejadian tersebut daripada seorang lelaki berusia 16 tahun, 12 Januari lalu.

Jelasnya, mangsa mendakwa dirinya dicabul dan diperlakukan perkara tidak senonoh oleh seorang individu di sebuah hotel di Jalan Sultan, di sini.

“Dalam siasatan kes ini, bertindak atas maklumat risikan, pihak polis berjaya menahan seorang individu berusia 42 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut di hadapan sebuah hotel di lokasi sama.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Allaudeen, individu yang ditahan telah direman selama tujuh hari bermula Sabtu lalu hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan.

“Untuk kes ini, pihak polis masih mengesan keberadaan adik mangsa,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau menegaskan pihak polis mendapati remaja lelaki tersebut bukan diculik sebagaimana dilaporkan, sebaliknya telah keluar dari rumah di Hulu Bernam, Selangor dan terdapat siasatan berkenaan kes ini.

“Siasatan kes ini masih berjalan dan pihak polis menyeru orang ramai untuk memberikan kerjasama dan menyalurkan maklumat berhubung kejadian ini.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan melalui Hotline Polis Kuala Lumpur di atas talian 03- 21159999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, seorang daripada dua beradik lelaki yang dilaporkan hilang di Taman Bernam Jaya, Hulu Bernam, Selangor pada 1 Januari lepas ditemukan dalam keadaan tidak bermaya di Stesen LRT Pasar Seni, 11 Januari lalu.

Ibu mangsa yang berusia 39 tahun berkata, anaknya yang mesra dengan panggilan Along, mendakwa dia dan adiknya, telah dilarikan oleh individu yang tidak dikenali sebelum dibawa dan dikurung di sebuah motel di Jalan Petaling.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI