SEPANG – Seorang pramugara kanan sebuah syarikat penerbangan terpaksa meringkuk dalam penjara selama tiga bulan kerana memperdaya rakannya supaya menunjukkan gambar dan video kemaluan.
Majistret Muhammad Bukhori Md. Ruslan membuat keputusan itu selepas tertuduh, Fairizuan Abd. Rahman, 43, mengaku salah terhadap pertuduhan yang dihadapinya di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan.
Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didapati melakukan kesalahan tersebut pada 29 November lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di sini.
Tertuduh didakwa memperdayakan rakannya dengan meminta mangsa menjalankan ujian air kencing bagi tujuan pemeriksaan dadah.
Mangsa kemudian memberikan gambar dan video yang memaparkan kemaluan seperti diminta tertuduh. Mangsa mendakwa tertuduh turut meminta gambar ukuran zakar sebelum membuat laporan kerana berasa tertipu. – KOSMO! ONLINE