fbpx

Peniaga kena dakwa miliki musang pulut, kura-kura telinga merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang peniaga mengaku tidak salah di Mahkamah Sesyen terhadap empat pertuduhan memiliki dua jenis hidupan liar dilindungi di negara ini. - Foto NOR AINNA HAMZAH

SEREMBAN – Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan memiliki hidupan liar yang dilindungi.

Mohamed Faizal Mohamed Yacob, 46, dari Nilai membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mazni Nawi.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menyimpan seekor musang pulut atau paradoxurus hermaphroditus yang dilindungi di bawah Jadual Pertama Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

Mohamad Faizal turut didakwa menyimpan seekor musang pulut yang tidak matang, musang pulut betina dan seekor kura-kura telinga merah atau nama saintifiknya Trachemys scripta.

Bagi pertuduhan pertama hingga ketiga, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 60(1)(a) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 60(1) akta sama, manakala pertuduhan keempat pula dibuat di bawah Seksyen 117(1) dan Seksyen 117(2). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI