fbpx

Naomi Osaka tersingkir di Terbuka Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OSAKA yang kembali menyertai saingan selepas berehat lama gagal untuk meneruskan kemaraan selepas tunduk kepada Garcia kelmarin. - AFP

MELBOURNE – Pemain pilihan ke-16, Caroline Garcia berjaya lolos ke pusingan kedua Terbuka Australia selepas mudah menewaskan bekas pemain No. 1 dunia, Naomi Osaka dengan keputusan straight-set, 6-4, 7-6.

Garcia yang dijadualkan menentang Magdalena Frech pada aksi kedua hari ini mengakui bukan mudah untuk melakar kemenangan terutama apabila diundi menentang pemain berpengalaman seperti Osaka pada pusingan pertama.

“Banyak perkara yang bermain di minda saya sepanjang perlawanan dan sudah tentu saya agak bergelut terutama di atas gelanggang.

“Semua orang tahu Osaka memiliki kualiti dan cukup berpengaruh, tetapi saya berjaya mengatasi tekanan untuk meraih kemenangan penting sekali gus mara ke pusingan seterusnya,” katanya.

Sementara itu, pemain No. 6 dunia, Ons Jabeur turut mengesahkan kelayakan ke pusingan kedua apabila menyingkirkan pemain bukan pilihan dari Ukraine, Yuliia Starodubtseva dengan keputusan 6-3, 6-1.

Kemenangan tersebut menyaksikan pemain kelahiran Tunisia itu bakal membuat perhitungan dengan bintang tenis meningkat naik dari Russia yang baru berusia 17 tahun, Mirra Andreeva pada pusingan kedua hari ini.

“Ini adalah aksi pertama saya musim ini dan sudah tentu saya gembira dapat mulakan saingan dengan langkah kanan. Kita bakal mengharungi musim yang panjang dan saya tidak mahu fikir terlalu jauh sebaliknya fokus satu perlawanan ke satu perlawanan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI