fbpx

Messi hadapi saingan sengit Haaland sebelum menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI merangkul anugerah pemain terbaik FIFA Best buat kali ketiga selepas memenanginya dalam dia edisi sebelum ini. - AFP

LONDON – Ketua pasukan Argentina, Lionel Messi terus membuktikan keunggulan apabila merangkul Anugerah Pemain Terbaik Tahunan FIFA Best buat kali ketiga selepas meraihnya sebelum ini pada 2019 dan 2022 selepas anugerah itu diperkenal pada 2016.

Kemenangan itu menyaksikan pemain Inter Miami itu buat kali kedua berturut-turut mengecewakan dua lagi pencabar utamanya, Erling Haaland dan Kylian Mbappe selepas turut memenangi Ballon d’Or sebelum ini.

Messi meledak sembilan gol ketika bersama Paris Saint-Germain dan meraih gelaran Ligue 1 sebelum menyertai Inter Miami pada Jun lali dan meledak 10 gol dalam tujuh perlawanan serta memenangi Piala Liga di Amerika Syarikat.

Undian tersebut melibat jurulatih dan ketua pasukan kebangsaan selain para wartawan sukan serta peminat juga turut diberikan peluang untuk mewakili 25 peratus bagi menentukan pemenang.

Messi dan Haaland dilaporkan memiliki jumlah pungutan mata yang sama dalam proses berkenaan, namun bekas pemain Barcelona itu diisytiharkan sebagai pemenang apabila meraih undian paling tinggi daripada kapten pasukan kebangsaan.

Beberapa ketua pasukan termasuk Harry Kane (England), Mbappe (Perancis), Mohamed Salah (Mesir), Andy Robertson (Scotland), Aaron Ramsey (Wales) dan Luka Modric (Croatia) memilih untuk mengundi Messi.

Bagaimanapun, Messi sendiri memilih untuk mengundi Haaland sebagai pemenang selain ketua pasukan Jerman, Ilkay Gundogan dan kapten Brazil, Casemiro turut mengundi penggempur Manchester City itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI