fbpx

Lakon aksi ranjang, ‘saya hanya ikut skrip’ – Fasha Sandha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FASHA mempertahankan kerjayanya sebagai seorang pelakon walaupun terpaksa menjayakan watak di ranjang.

PETALING JAYA — Sering disua naskhah yang sarat kontroversi dan melibatkan aksi ranjang, pelakon Fasha Sandha lebih daripada sedia andai adegan lakonannya itu dikritik netizen.

Ujar pemilik nama penuh Nur Fasha Sandha Hassan itu, dia hanya memenuhi kehendak skrip yang diamanahkan sutradara kepadanya selain menyifatkan watak Datin Safieya dalam Rampas Cintaku 2 sebenarnya sarat pengajaran.

“Setiap naskhah dihasilkan dengan pengajaran. Tugas saya adalah untuk menyampaikan mesejnya.

“Saya yakin babak panas dalam drama itu kelak akan diperkatakan tetapi terpulang kepada penonton, terima dari sudut positif atau negatif.

“Yang penting saya harapkan cerita ini hits dan fenomena seperti musim pertama,” kata Fasha kepada Kosmo! Online.

Tidak kisah dilabel lapar perhatian kerana nama meledak disebabkan adegan sedemikian, isteri kepada pelakon Aziz itu terbuka menerima pandangan umum dan menganggap tohmahan dilempar sebagai lumrah pekerjaannya.

“Saya okey sahaja, tak ada masalah dengan label yang orang berikan. Mereka bebas berkata apa pun.

“Saya hanya mencorakkan skrip, sekadar buat kerja saya. Saya buat bukan kerana orang lain, tapi untuk diri dan kerjaya saya.

“Datanglah sebanyak mana label yang orang berikan, saya tetap jadi diri sendiri.

“Lakonan adalah periuk nasi saya sejak umur saya 18 tahun. Saya seronok dengan kerjaya ini. Terpulang kalau nak label saya pelakon daring. Saya tak akan sesekali melenting kerananya,” ujarnya panjang lebar.

Terdahulu, menerusi naskhah sama, Fasha pernah dikecam kerana terlalu berani melakukan aksi ranjang meskipun berstatus isteri orang.

Melakukan segala adegan secara profesional, aktres berusia 39 tahun itu bersyukur suaminya tidak kisah seterusnya memberikan lampu hijau. — KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI