fbpx

Konflik Palestin-Israel: Zionis, Hamas capai perjanjian bantuan kemanusiaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BANTUAN kemanusiaan ditempatkan di Lintasan Rafah, Gaza pada Disember tahun lalu. - Foto AFP

BANDAR GAZA – Israel dan Hamas mencapai satu perjanjian untuk membenarkan lebih banyak bantuan kemanusiaan dihantar ke Semenanjung Gaza, demikian menurut Qatar yang menjadi perantara dalam mendapatkan persetujuan itu.

Perbadanan Penyiaran British (BBC) melaporkan, di bawah perjanjian tersebut, bekalan ubat akan disalurkan kepada tebusan-tebusan yang ditawan oleh Hamas.

Sebagai balasan, Israel akan membenarkan lebih banyak bekalan asas memasuki Gaza.

Jurucakap Kementerian Luar Qatar, Majed Al Ansari yang mengumumkan perjanjian tersebut berkata, bantuan kemanusiaan akan dihantar dari ibu negara Qatar, Doha ke Mesir hari ini.

Ia kemudian akan dibawa ke Gaza untuk diedarkan kepada orang awam, manakala bekalan ubat pula dihantar kepada tebusan Hamas.

Kira-kira 240 orang ditawan oleh Hamas dalam serbuan di Israel pada 7 Oktober tahun lalu, manakala lebih 132 tebusan dipercayai masih berada di Gaza. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI