fbpx

Kerajaan Terengganu sambut baik pelarasan tarif baharu air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu menyambut baik pelarasan tarif baharu air yang akan berkuat kuasa pada 1 Februari depan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri Terengganu, Hanafiah Mat berkata, penyelarasan itu wajar kerana
kadar tarif bagi pengguna domestik negeri ini tidak pernah dinaikkan sejak 26 tahun lalu.

“Kadar tarif yang dikenakan terhadap pengguna domestik Terengganu itu antara yang terendah di negara ini iaitu 42 sen bagi 20 meter padu pertama. Sehubungan itu, penyelarasan tarif itu penting bagi membantu Syarikat Air Terengganu (Satu) meningkatkan lagi kewangan bagi memberi perkhidmatan bekalan air yang lebih berkesan kepada pengguna,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengumumkan pelarasan tarif baharu air bagi kategori domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan berkuatkuasa 1 Februari depan membabitkan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu.

Dalam pada itu, Hanafiah mengakui Satu berdepan peningkatan kos operasi, pemprosesan dan perbekalan air terawat setiap tahun dan berisiko mengalami kedudukan kewangan yang lemah sekiranya caj air terus kekal pada tarif lama.

“Kos operasi tahunan Satu bagi mengabstrak, memproses serta membekalkan air terawat kepada pengguna Terengganu mencecah RM180 juta setahun,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI