fbpx

Kematian lelaki dalam kereta di Kubang Kerian tiada unsur jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengusung mayat mangsa yang ditemui maut dalam sebuah kereta di Kampung Wakaf Stan, Kota Bharu menaiki trak untuk dibawa ke hospital hari ini. - Foto ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Kematian seorang lelaki dalam sebuah kereta selepas bersarapan di sebuah kedai makan di Kampung Wakaf Stan, Kubang Kerian hari ini tidak mempunyai sebarang unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, pemeriksaan ke atas kereta jenis Honda City lelaki berusia 48 tahun itu tidak menemui sebarang perlakuan jenayah dan barangan yang menyalahi undang-undang.

“Polis menerima laporan seorang lelaki maut dalam kereta Honda City kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

“Siasatan mendapati mangsa seorang diri dan meninggal dunia dalam kereta itu selepas bersarapan di sebuah kedai makan di Wakaf Stan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk dibedah siasat. Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, seorang lelaki ditemukan mati di dalam sebuah kereta selepas bersarapan nasi berlauk di sebuah kedai makan di Kubang Kerian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI