fbpx

Inspektor jatuh Jambatan P. Pinang patah bahu, masih belum bergerak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Inspektor polis yang terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang, kelmarin mengalami patah bahu kiri dan masih belum bergerak setakat ini.

GEORGE TOWN – Polis masih belum merekodkan keterangan pegawai berpangkat inspektor yang didakwa menoak teman wanitanya dari Jambatan Pulau Pinang menghala ke Perai baru-baru ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, pegawai itu masih menerima rawatan di hospital kerana kecederaan patah bahu kiri dan tidak dapat bergerak.

“Kita masih belum merekodkan keterangan pegawai ini kerana dia masih dirawat di hospital,” katanya ketika dtiemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 7.45 malam itu, pegawai tersebut dan kekasihnya terjatuh ke laut sebelum mereka diselamatkan seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM).

Pasangan tersebut sebelum itu dikatakan bertengkar di atas jambatan berkenaan.

Susulan kejadian itu, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan cubaan membunuh dipercayai mangsa wanita ditolak teman lelakinya.

Menurut Kok Chin, setakat ini polis merekodkan keterangan tiga individu termasuk teman wanita Inspektor tersebut bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

“Dua lagi individu yang dirakam keterangan adalah anggota tentera dan doktor yang merawat mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI