fbpx

Gambar menu di Majlis Santapan Diraja Putera Mateen, Dayang Anisha tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara gambar-gambar hidangan yang dikongsikan di media sosial.

PETALING JAYA – Selepas tular senarai menu di Majlis Persantapan Diraja Pengantin Diraja, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah dan Dayang Anisha Rosnah, hari ini tular pula gambar-gambar hidangan berkenaan.

Menerusi perkongsian @arfdy12 di aplikasi X, beberapa gambar hidangan dikongsikan antaranya salad ketam Alaska dengan kaviar Iran, udang kara dengan salad betik muda, sorbet mangga bersama sarang burung walit, dan daging wagyu percik dengan trufel.

Perkongsian berkenaan telah menerima pelbagai reaksi orang ramai yang mengikuti istiadat perkahwinan diraja berkenaan, sejak hari pertama ia berlangsung.

“Kalau aku, pencuci mulut ni kecuali aiskrim, aku tapau bawak balik ja. Tak larat nak habiskan seorang. Aku jenis makan kena bagi habis, tak baik membazir,” kata @FaHussMo.

“Cantik!,” puji @WhitoutKey_.

“Sepatutnya kena ada oren masam dengan air kordial, baru kenduri kahwin,” komen TSharipp.

Terdahulu, Putera Mateen dan Dayang Anisha selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja sekitar jam 2.17 petang, Khamis lalu.

Majlis tersebut berlangsung dengan penuh istiadat Brunei di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, dan turut berkenan disaksikan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah serta kaum kerabat diraja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI