fbpx

Didakwa aniaya anak tiri sejak 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tiri perempuannya sejak lima tahun lalu.

Tertuduh, 31, membuat pengakuan tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.

Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tiri perempuannya yang ketika kejadian berusia 11 tahun dua bulan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan oleh tertuduh di sebuah rumah di daerah ini pada pukul 8.30 malam, Oktober 2019.

Tertuduh didakwa mengulangi perbuatan sama terhadap mangsa pada Jun 2022 dan pukul 5 petang, 8 Januari lalu di lokasi sama.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 18 Februari depan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Nor Hilwani Mat Riffin manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI