fbpx

Anwar, Jemaah Menteri utus poskad khas kepada Guterres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika menandatangani poskad khas yang akan diutuskan kepada Guterres.

PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim serta barisan Jemaah Menteri telah menandatangani dan mengirim sekeping poskad khas yang ditujukan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres.

Perdana Menteri berkata, poskad khas itu adalah bagi menzahirkan hasrat rakyat Malaysia dengan mendesak PBB menerima Palestin sebagai negara anggota.

Selain itu katanya, poskad terbabit turut menuntut keganasan dan kezaliman terhadap warga Palestin oleh rejim Zionis segera dihentikan.

“Poskad khas ini akan diserahkan menerusi Wakil Tetap Malaysia ke PBB.

“Saya berharap suara tulus rakyat Malaysia ini mendapat perhatian serius daripada Guterres,” katanya di laman Facebook hari ini.

Pada masa sama, Anwar berkata, rakyat Malaysia juga boleh ikut serta dalam Kempen Pengiriman Poskad Khas kepada Setiausaha Agung PBB.

Jelasnya, pembelian poskad itu bermula esok di semua pejabat pos atau menerusi laman sesawang rasmi Pos Malaysia Berhad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI