fbpx

Andalusia yakin capai sasaran 80,000 jemaah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dafinah (kanan) bersama Ida Riswana (kiri) ketika menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Hong Leong Islamic Bank dan Andalusia Travel & Tour di Menara Hong Leong, Bukit Damansara, Kuala Lumpur. - Foto SYAKIR RADIN/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. menyasarkan seramai 80,000 orang bakal menunaikan umrah setahun pada musim umrah 1446 Hijrah susulan kolaborasi bersama Hong Leong Islamic Bank (HLISB).

Pengarah Andalusia Travel & Tours, Ida Riswana Idris berkata, pihaknya yakin sasaran itu mampu dicapai melalui kerjasama bersama HLISB yang menyediakan pembiayaan mudah, digital dan patuh syariah untuk umat Islam.

Katanya, dalam mengharungi cabaran kelembapan ekonomi, Andalusia tetap optimis bahawa permintaan dari umat Islam untuk mengerjakan ibadah umrah tetap tidak berkurang dan ramai di antaranya mengerjakan ibadah ini berulang-ulang kali.

“Oleh yang demikian, kami percaya kolaborasi hari ini di antara HLISB dan Andalusia sangat tepat pada waktunya di mana umat Islam boleh mendapatkan cara yang memudahkan mereka untuk mencapai objektif mereka mengerjakan ibadah umrah dan haji.

“Kami yakin pembiayaan berdasarkan Murabahah Tawarruq ini adalah berlandaskan kepada hukum maqosid Syariah dan diharuskan oleh syara’ bagi membolehkan seramai mungkin umat Islam menunaikan fardhu haji dan umrah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis menandatangani Memorandum Persahaman (MoU) antaran HLISB dan Andalusia di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Eksekutif HLISB, Dafinah Ahmed Hilmi berkata, melalui kerjasama itu pihaknya akan membentuk penyelesaian kewangan yang memenuhi keperluan gaya hidup khusus pelanggan islamnya.

“Sebagai pengantara kewangan kami komited untuk membentuk penyelesaian kewangan yang memenuhi gaya hidup pelanggan masing-masing, selaras dengan janji kami untuk menjadi bank yanh berpusatkan keperluan pelanggan.

“Dalam mengembangkan keupayaan syariah kami, kami ingin menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan inovatif yang memastikan pelanggan Islam tidak perlu bimbang dan risau dalam memenuhi kewajipan agama mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI