fbpx

2 rakyat Malaysia ditahan di Teluk Guantanamo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammed Farik Amin (kiri) dan Mohammed Nazir Lep hadir di mahkamah tentera di Teluk Guantanamo hari ini.- The Sydney Herald News

TELUK GUANTANAMO – Dua rakyat Malaysia yang dipenjarakan di kem tahanan Teluk Guantanamo, Cuba mengaku bersalah berhubung peranan mereka dalam kes pengeboman di Bali, Indonesia pada 2002, lapor portal berita South China Morning Post hari ini.

Mohammed Farik bin Amin dan Mohammed Nazir bin Lep yang hadir di mahkamah tentera di Teluk Guantanamo hari ini, mengaku bersalah atas konspirasi berhubung pengeboman di Bali yang membunuh seramai 202 orang, termasuk tujuh rakyat Amerika Syarikat (AS) pada Oktober 2002.

Mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkaitan kes pengeboman di Hotel JW Marriott di Jakarta pada 2003.

Kedua-dua lelaki itu telah ditahan di Thailand pada 2003 bersama seorang rakyat Indonesia yang menjadi dalang serangan, Encep Nurjaman yang juga dikenali sebagai Hambali, sebelum dipindahkan ke Teluk Guantanamo pada 2006.

Menurut laporan Jawatankuasa Perisikan Senat AS 2014, ketiga-tiga lelaki itu ditahan dan diseksa di penjara rahsia Agensi Perisikan Pusat (CIA) dari tahun 2003 hingga 2006 untuk mendapatkan pengakuan tentang peranan mereka dalam pengeboman di Bali.

Kumpulan yang diharamkan Indonesia, Jemaah Islamiah (JI) mengaku bertanggungjawab mendalangi  serangan itu manakala  tiga suspek lelaki iaitu Imam Samudra, Amrozi dan Ali Ghufron telah dihukum mati pada 2008 kerana terlibat dalam komplot   keganasan.

Suspek keempat, Ali Imron pula dihukum penjara seumur hidup peranannya dalam pengeboman tersebut dan kekal di penjara di Jakarta.

Perjanjian untuk mendapatkan pengakuan Farik dan Nazir dianggap telah dipermudahkan selepas lawatan delegasi Malaysia termasuk Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Polis Negara, Razarudin Husain ke kemudahan kendalian AS di Cuba itu pada tahun lepas.

Farik dan Nazir dijangka dijatuhkan hukuman minggu depan. 

Sumber yang rapat dengan kes itu berkata, dua lelaki itu dijangka memberikan keterangan terhadap rakan subahat mereka, Hambali yang  akan dibicarakan sendirian sebagai sebahagian daripada perjanjian pengakuan mereka.

Sumber tersebut menjangkakan dua lelaki itu akan menerima ‘hukuman ringan’ dan dikembalikan segera ke Malaysia, di mana mereka akan menjalani hukuman di penjara atau berada di bawah tahanan rumah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI